top of page
Search

Wool Carpet : Perkara asas yang anda perlu tahu..

🐑🐏🐐🐑🐏🐐WOOL CARPET... 🐑🐏🐐🐑🐏🐐 Hari ni kita sembang pasal wool carpet pula... Baru2 ni kami ada dipanggil utk menyelesaikan masalah berkaitan karpet wool. Masjid ni baru je pasang karpet baru. Sedikit detail utk kerja2 yg kami lakukan. Lokasi : Puncak Perdana Keluasan : 4000sqft Kaedah Cucian : VLM + Vacuuming Peralatan : Duplex + Wet&Dry Vacuum Chemical: Neutral pH carpet shampoo + carpet perfume Masalah : Banyak loose fiber [shedding] dan bergumpal pada permukaan karpet Dipendekkan cerita, pihak masjid telah beberapa kali memvakum loose fiber ni tapi masih lagi banyak. Jadi bila nak solat pun tal syok la, karpet nampak kotor berhabuk dan tidak selesa utk beribadat. Kita start dgn apa itu WOOL karpet??? Wool ni adalah sejenis benang yang dihasilkan menggunakan natural fiber daripada bulu haiwan spt biri2🐑, kambing 🐐, unta, alpaca, vicuna, muskoven, malahan arnab pun ada. [Tenggiling xtermasuk]. Bulu2 ini disimpulkan menjadi benang digunakan utk membuat karpet. SIFAT-SIFAT KARPET WOOL 1. Penebat haba yang baik. Sangat sesuai digunakan sebagai lapik dan juga baju. 2. Teguh dan boleh anjal. Wool mempunyai kebolehan seperti spring iaitu akan kembali ke bentuk asal jika dikenakan beban. Senang kata kalau karpet wool ni kita pijak dia tak terus tenggelam. Jadi sangat sesuai digunakan di tempat yang heavy trafic. 3. Biodegradable. Oleh kerana wool dihasilkan dari natural fiber, ianya mudah terurai oleh alam. 4. Good Fire Resistant. Boleh terbakar pada suhu yg tinggi dan bertindak sbg self-extinguish 5. Anti static dan menyerap bunyi. 6. Sangat mudah diwarnakan, wool bersifat hydrophilic [❌hydrophobic❌] iaitu berkebolehan utk menyerap air sehingga 1/3 berat wool tersebut. Jadi bermacam2 warna dapat dihasilkan. 7. SHREDDING -disebabkan wool dihasilkan dengan memintal bulu2 ianya akan mempunyai loose fiber end. Jadi inilah yang berlaku pada karpet yg kami cuci dan kesemua karpet2 wool. Ini adalah phenomena biasa bagi karpet wool dan tidak perlu dirisaukan. 8. SHADING - kebanyakkan karpet wool dihasilkan dengan constrution design cut pile [nak translate ke bahasa xtau😅😅]. Jadi ini yg selalu kita nampak yg karpet tu ada gelap dan terang dari sesuatu arah. Kejadian shading (berbayang) ini adalah rawak dan tidak boleh dielakkan. [pijak pun boleh jadi]. Kejadian ini juga adalah normal dan bukannya disebabkan masalah pembuatan. Ianya tidak menganggu ketahanan dan sifat karpet. PENYELESAIAN MASALAH. 1. Karpet yg baru keluar dari kilang biasanya akan mempunyai banyak loose fiber terutamanya jenis cut pile. Digalakkan selepas pemasangan, karpet di vacum untuk membuang loose fiber ini. 2. VLM adalah kaedah yang sesuai untuk karpet wool disebabkan sifatnya yang hydrophilic [❌hydrophobic❌]. Kebanyakan karpet wool juga menggunakan jute (jut) sebagai backing. Penggunaan air yg berlebihan boleh membawa kepada shrinkage & distortion. 3. VLM menggunakan rotary brush lebih sesuai berbanding spin bonnet utk mengelakan shading & shredding. 4. Chemical yg digunakan haruslah sesuai dgn wool. Kebanyakkan warna karpet wool dihasilkan menggunakan acid dye, penggunaan alkaline based chemical akan menyebabkan warna luntur. Gunakan acid based atau natural pH carpet shampoo. 5. Penggunaan peluntur [bleach] akan menyebabkan kerosakkan terus kepada wool. 6. Pile grooming juga digalakkan selepas proses cucian utk mengurangkan shading. Ini boleh dilakukan menggunakan berus atau memvakum dengan 1 arah. QUESTION & ANSWER 1. kenapa dah cuci masih lagi ada shredding?? - kejadian ni akan terus berlaku sbb ada loose fiber end pada wool. Masalah ini cuma boleh dikurangkan dengan cucian berkala. 2. Nanti karpet akan jadi nipis la kalau terus berlaku. - Tidak. Loose fiber dan gumpalan ini hanyalah sedikit. Bagi permulaan cucian mmg banyak sedikit sbb bagi karpet cut pile, biasanya sebelum karpet dikeluarkan ada proses pemotongan fiber di kilang utk mendapatkan permukaan yg sekata. Kebanyakkan loose fiber masih banyak pada permukaan walaupun sudah divakum. 3. Berapa lama seharusnya karpet wool dicuci. - Sebaiknya 3 bulan sekali. Cucian berkala bukan shj dapat memastikan karpet bersih. Ia juga berfungsi utk grooming dan memanjangkan hayat karpet. Kerja2 memvakum haruslah dilakukan sekurang2nya seminggu sekali. 4. Lain2 pertanyaan boleh tanya dekat comment. Mana yg boleh saya jawab akan dijawab😊😊😊😁

Terima Kasih

19 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page