Industrial Look Cement Floor.

INDUSTRIAL-LOOK CEMENT FLOORING Sudah menjadi trend terkini kebanyakkan cafe hipster, restoran, Barber Shop mahupun rumah telah menggunakan lantai ini untuk premis mereka. Diantara sebab dan kelebihan adalah: 1. Patern lantai yang cantik dan berkonsepkan industri 2. Menjimatkan construction cost kerana tidak perlu untuk memasang jubin atau lantai lain. 3. Lantai yang tahan lebih lama berbanding penggunaan karpet atau vinyl. 4. Kos penjagaan lantai yang lebih murah. 5. Lantai tahan lasak, mudah dicuci, anti-slip dan kebanyakkan bersifat water repellent dan Waterproof. 6. Menjimatkan masa. Pembuatan lantai ini tidak memerlukan masa yg lama untuk disiapkan. APA ITU CEMENT FLOORING? Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan lantai jenis ini. Ada yang menggunakan kaedah coating dan ada juga yang dihasilkan melalui proses diamond grinding and polishing. Terdapat juga jubin yang bercorakkan cement effect ini dijual di pasaran. Bagi yang memerlukan corak dan pattern yang sekata, penggunaan jubin lebih efektif. Ini kerana lantai dari cement render dan concrete mempunyai corak dan pattern yang rawak. APA PERBEZAAN COATING DAN POLISH?? Terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua proses ini. Boleh rujuk penulisan saya sebelum ini di link berikut. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2726933627319565&id=170333529646267 JIKA SAYA NAK BUAT LANTAI INI APA YANG PERLU SAYA TITIK BERATKAN?? Sebelum anda memilih untuk menggunakan lantai jenis ini,berikut adalah perkara yang anda harus tahu antaranya: 1. Tujuan penggunaan lantai. - Tujuan penggunaan lantai sangat penting sebelum sesuatu proses pembuatan dibuat. Kebiasaannya lantai concrete lebih kepada penggunaan yang heavy duty seperti warehouse, kilang, outdoor, car porch dan lain2. Cement render pula lebih sesuai digunakan untuk indoor dan penggunaan yang sederhana. Kebanyakkan cement render mempunyai pattern yang lebih menarik berbanding concrete floor. 2. Jenis lantai. Concrete atau Render - Mengetahui jenis lantai dapat menentukan kaedah dan proses yang digunakan. Kedua- dua proses Grind & polishing dan coating boleh dilakukan pada lantai concrete tetapi tidak semua lantai render. Ini kerana cement render biasanya lebih nipis. 3. Kegunaan lantai. - Aspek ini sangat penting kerana akan menentukan proses dan bahan apa yang sepatutnya digunakan. Tidak menjadi masalah bagi lantai concrete polish kerana lantai jenis ini bersifat heavy duty dan sesuai digunakan di semua tempat. Bagi lantai render, penggunaan jenis coating haruslah sesuai dengan kegunaan dan lokasi. 4. Jenis Coating. - Pemilih coating sangat penting bagi memastikan lantai tahan lama dan sesuai dengan penggunaanya. Terdapat pelbagai jenis coating/finishing yang digunakan. Antaranya epoxy, acrylic, polymer, wax dan juga glass coating. Setiap jenis ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. 5. Proses Penyedian Lantai - Proses penyediaan lantai memainkan peranan yang sangat penting dalam kualiti dan ketahanan lantai yang dibuat. Tentu sahaja lantai yang melalui proses pembuatan yang mengikut SOP akan lebih baik hasilnya. Proses ini termasuklah cleaning, pre-treatment, stain removal, grinding, honing, etching dan lain lain lagi. 6. Kos - Kos memainkan peranan yang cukup penting dalam menghasilkan lantai yang dikehendaki. Harus sahaja kos bagi Concrete Floor lagi tinggi dari Coating disebabkan proses yang rumit dan bahan- bahan yang digunakan sangat mahal. Kos bagi coating juga ditentukan melalui kualiti dan durability sesuatu product yang digunakan. Kerja-kerja penyediaan lantai juga akan mempengaruhi kos yang terlibat. 7. Penjagaan Lantai. - Bergantung pada jenis coating yang digunakan, penjagaan selepas lantai siap juga harus dititik beratkan. Penjagaan lantai secara berkala akan memastikan jangkahayat dan kualiti lantai sentiasa dalam keadaan baik. Setiap coating mempunyai ciri- ciri dan spesifikasi yang berbeza. Ada yg sangat baik rintangan terhadap bahan cuci dan ada juga yg sangat sensitif. Jadi mengetahui jenis coating dapat menentukan jenis penjagaan yang perlu dibuat. Berbeza dengan polish concrete, penjagaan lantai ini lebih mudah kerana kriterianya yang sangat baik. 8. Kualiti - Adakah kilat itu memberikan kualiti yang terbaik.?? Bagi polish concrete, kualiti kilat dihasilkan melalui proses honing dan polishing di mana permukaan lantai menjadi sangat halus lalu memberikan kilat secara semula jadi. Ianya kemudian dilapisi sealer supaya dapat menahan tindakbalas dari bahan kimia terutamanya asid. - Untuk coating, kualiti kilat adalah terhasil daripada coating itu sendiri. Jadi kilat bukanlah bermaksud ianya berkualiti. Ianya diukur dari segi ketahanan dan keupayaan lantai itu sendiri. Ada coating yang bertindak meresap dan ada juga yang membentuk lapisan filem di atas permukaan lantai. 9. Masalah. - Bagi polish concrete, kebanyakkan masalah adalah dalam pembuatannya. Kos yang tinggi dan proses yang rumit membuatkan ianya sukar untuk dilakukan. Malah bukan semua keadaan lantai concrete boleh di polish. - Masalah bagi coating pula biasanya melibatkan ketahanan dan keupayaan lantai tersebut. Terdapat masalah seperti bubble,cracking, peeling dan chemical damaged boleh berlaku pada lantai. Perkara ini dapat dielakkan dengan memastikan coating yang digunakan sesuai dengan tujuan lantai. Proses kerja yang mengikut SOP juga sangat penting untuk mengelakkan masalah ini. BAGAIMANA SAYA NAK BUAT LANTAI INI?? Jika anda berminat, bolehlah mengubungi kami 019555193 atau lawati www.drsfloorcleaning.com untuk tempahan slot.