Search

Good Maid vs Bad Maid

GOOD MAID vs BAD MAID


Post kali ini kami nak share sedikit berkenaan punca mengapa tile rumah anda rosak. Kebanyakkan dari puncanya adalah disebabkan oleh produk cucian yang digunakan.


Bukan bermakna produk yang anda gunakan tidak bagus, tetapi berikut adalah penyebab kenapa tile anda rosak:


1. Menggunakan produk yang tidak sesuai dengan lantai. Kebanyakkan stain remover adalah bersifat asid. Tile adalah lantai yang sangat sensitif terhadap asid kerana permukaan tile akan bertindakbalas dengan asid lalu menyebabkan ianya pudar. Mosaic cleaner hanya sesuai digunakan untuk lantai mozek ya.


2. Cara penggunaan yang salah. Harus di ingatkan setiap bahan cuci biasanya di jual dalam keadaan pekat dan perlu dilarutkan. Menuang terus bahan cuci ke lantai boleh menyebabkan lantai rosak. Larutkan bahan cuci dalam baldi dan gunakanlah mop untuk membersih.


3. Tidak membaca label. Setiap bancuhan bahan cuci biasanya akan disukat mengikut jenis kotoran yang hendak dibersihkan.


4. Tidak tahu lantai rumah sendiri jenis apa. Ini menjadi masalah yang sangat besar kerana akan menyebabkan anda salah memilih dan membeli bahan cuci yang sepatutnya.


Jadi silalah berhati-hati dalam memilih dan menggunakan bahan cuci untuk lantai anda. Ingat "good maid" yang kita harapkan boleh menjadi "bad maid" yang bakal menghantui kita...👻👻👻


Jika ia sudah menghantui anda..bolehlah hubungi kami untuk membantu..😊😊😊 0195525193


Https://expertpolishing.wasap.my


Note: Product yg dipaparkan hanyalah contoh.


4 views0 comments

Recent Posts

See All