Search

Disinfection and Sanitation

Apa itu SANITASI, NYAH-KUMAN dan STERIL???


Sanitasi tergolong dalam cabang kerja pembersihan iaitu kerja-kerja menghilangkan kesan pencemaran dan mengurangkan jumlah bakteria pada sesuatu permukaan


Nyah kuman (Disinfection) bermaksud memusnahkan bakteria, fungi, dan juga virus. Proses nyahkuman hanya sesuai dilakukan pada permukaan tidak hidup kerana proses ini boleh membunuh sel hidup dan membawa kepada masalah iritasi dan kerengsaan.


Proses sterilization pula bermaksud memusnahkan semua kehidupan mikro pada permukaan.


Umum mengetahuhi bagi mengelak penularan virus Covid-19, kerja-kerja nyah kuman perlu dilaksanakan bagi memastikan kawasan yang berisiko tiinggi khususnya tempat tumpuan seperti pejabat, kilang, pasaraya dan tempat-tempat awam.


Selaras dengan keperluan dan saranan dari pihak KKM, setiap premis yang beroperasi haruslah mengikut SOP pencegahan dan pengawalan Covid-19 di mana setiap premis yang beroperasi mestilah menjalankan kerja-kerja nyah kuman sebelum dibenarkan beroperasi.


Pihak kami menyediakan DUA jenis proses nyah kuman iaitu :


1. Nano Ionized Titanium Oxide Coating

2. One-time Sodium Hyperchlorite Fogging


Apa perbezaan kedua-dua proses ini??Jom kita baca lanjut..


NANO IONIZED TITANIUM OXIDE COATING


Proses ini menggunakan semburan negatif ion Titanium Oxide pada permukaan bagi membentuk satu lapisan perlindungan. Lapisan ini akan bertindak secara outomatik membasmi kuman setiap kali berlaku pencemaran melalui tindak balas cahaya lampu ataupun cahaya matahari.


Kelebihan menggunakan kaedah COATING


- Bertindak membasmi kuman secara automatik 24/7 dan mampu bertahan sehingga 6-12 bulan (bergantung pada package)

- Mengawal bau yang kurang menyenangkan dan meningkatkan kualiti udara.

- Bahan berteknologi hijau selamat untuk manusia, haiwan dan persekitaran.

- Mengawal dan membunuh bakteria, kuman berbahaya seperti penyebab influenza, HMFD, e-coli dan lain-lain.

- Memberikan suasana selesa bersih dan selamat.

- Semburan menggunakan electrostatic Sprayer memastikan coating dapat melekat walaupun pada permukaan tersembunyi.


Soalan lazim berkaitan Titanium Coating.


1. Adakah semburan coating akan menjejaskan peralatan elektrik dan elektronik?

Tidak - Semburan nano ini tidak akan menjejaskan peralatan bahkan ianya tidak memberi kesan lembapan langsung pada permukaan sebagaimana kaedah semburan biasa. Jadi segala dokumen, kertas mahupun peralatan tidak akan terjejas.


2. Apakah skop area yang termasuk dalam pakej semburan?

- semua permukaan premis termasuk perabut dan peralatan, lantai, dinding dan juga syiling (Bergantung pada package)


3. Berapa lama coating ini akan bertahan?

- Secara amnya coating mampu bertindak secara efektif sehingga tempoh 12 bulan jika permukaan tersebut tidak dicuci atau melalui kaedah pembersihan lain.


4. Adakah bahan ini selamat?

- YA. Bahan yang digunakan terbukti selamat dan diuji berkesan.


5. Berapa lama proses untuk sesuatu premis?

- Premis berkeluasan 2000sqft biasanya mengambil masa 1-2 jam bergantung pada jumlah peralatan dan perabot.


ONE TIME SODIUM HYPERCHLORITE FOGGING


Proses sanitasi ini adalah kaedah semburan konvensional menggunakan fogger atau sprayer. Sodium Hyperclorite adalah medium yang digunakan untuk membasmi kuman mengikut spesifikasi dan panduan KKM.


Kelebihan dan kekurangan kaedah ini.


- Menggunakan bahan yang terbukti berkesan dan selamat.

- Bahan yang digunakan bersifat neutral. pH 7

- Tidak menggunakan peluntur yang menyebabkan bau, hakisan dan keradangan.

- sanitasi bertindak hanya sekali. Bermakna jika ada pencemaran kuman berlaku, proses sanitasi perlu dilakukan semula.

- Lebih sesuai dilakukan untuk kawasan luar premis dan kawasan terbuka

- semburan lebih kasar dan memberikan kesan lembapan pada permukaan


JADI APA YANG KAMI TAWARKAN PADA PERKHIDMATAN KAMI??


1. Conditional Survey. - Perlu dilakukan sebelum menentukan keadah mana yang perlu dilakukan. Contohnya premis yang mempunyai banyak peralatan elektrik dan elektronik lebih sesuai untuk kaedah coating.

2. ATP Test.- Setiap premis yang akan disanitasi akan melalui ujian ini untuk mengesan jumlah kehadiran bakteria dan kuman.

3. Melakukan kerja-kerja sanitasi dan nyah kuman

4. ATP Test. - Ujian akan dilakukan sekali lagi selepas kerja sanitasi dan nyah kuman untuk memastikan keberkesanan.


Kami harap maklumat ini cukup untuk anda memahami proses dan kaedah ini.


Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi nombor berikut:


019-5525193 mohamad


019-5525193 mohamad


http://desaringgit.wasap.my

Http://desaringgit.wasap.my

2 views

DESA RINGGIT SERVICES SDN BHD

Area coverage:

Kuala Lumpur & Selangor: 

 

Outstation: Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Johor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan

Tag : cuci karpet , polish marble , polish lantai , carpet cleaning , carpet care

Head Office
Operating Hours

A211, Glomac Business Centre, Jalan SS6/1, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Mon - Fri: 8am - 10pm
​​Saturday: 9am - 8pm
​Sunday: 9am - 6pm

  • Instagram
  • White Facebook Icon
  • Yelp!

© 2020 by DRS Professional

019-5525 193

  • Instagram
  • 0fdef751204647a3bbd7eaa2827ed4f9